Sunday, April 20, 2014

Buat blog tu senang je, macam mana pulak dengan buat duit dengan blog?

Senangnyalah nak buat blog. 

Lagi-lagi kalau guna blogspot. Cuma perlu ada akaun gmail. Kalau tak pernah ada akaun gmail, sila daftar untuk miliki satu akaun. 

Kemudian, hanya perlu layari http://blogger.com

Nah... anda akan terus dibawa ke laman web blogger, yang mana kat situ anda boleh terus mula mendaftar untuk memiliki blog anda sendiri. 

Klik sahaja "New Blog" 

Klik-klik lebih kurang, siap. 

Template tak perlu nak canggih-canggih. Design tak perlu nak lawa-lawa. 

Apa yang penting sekali ialah pengisian. 

Bak kata orang putih, CONTENT. 

Siap ada pepatah, CONTENT IS KING

Kemudian siap ada yang tambah, perkataan Great disebelum perkataan Content, bagi menjadikannya perkataan Great Content is king.

Part mana yang susahnya pulak sekarang ni? 

Ha... sebenarnya bukan susah mana pun. Cuma dia mencabar. Challenging gitu. 

Macam mana nak jadikan blog yang kosong tu, sebagai satu mekanisme atau sistem yang boleh menghasilkan duit untuk tuannya. 

Kita nak ia hasilkan duit untuk tuannya, bukan hanya untuk setahun dua, tetapi untuk selama-lamanya... selagi tuannya masih hidup dan selagi blog tersebut masih wujud. 

Biarlah tak kaya, asalkan dapat hidup selesa. (dengan rumah mewah ho ho) 

Mungkin kah? 

Saya pernah jumpa banyak blog yang macam tu. Memang ada. 

Cuma guna blogspot je pun. 

Tapi income dia mengalahkan fresh graduate yang baru masuk kerja. 

Dahsyat kan... 

Percayakah anda? Itu soalannya. 

Kalau anda percaya, anda pasti akan realisasikannya. Tapi kalau anda tak percaya, anda tak akan fikir pun untuk mulakan apa-apa...

Itulah kisahnya
 

No comments:

Post a Comment