Saturday, April 19, 2014

Sumber Inspirasi Watak One Piece



Siri manga dan anime One Piece mempunyai suatu kumpulan watak yang banyak direka oleh Eiichiro Oda. Siri ini berlatarkan sebuah dunia fiksyen yang mempunyai banyak lanun, askar, revolutionaries dan pengembara lain bertarung sesama sendiri, menggunakan pelbagai kuasa luar biasa. Siri ini mengisahkan tentang pengembaraan sebuah kumpulan lanun mencari harta karun bernama One Piece. Tapi, tahukah anda sumber-sumber inspirasi untuk mewujudkan watak dorang? Antara yang sempat di"gali". hehe


1) Monkey D.Luffy
Rasanya ramai yang tau pereka siri manga dan anime One Piece, Eiichiro Oda merupakan kipas susah mati Dragon Ball. Watak Maji Buu yang berwarna Pink dan juga mempunyai kuasa getah ini merupakan ilham bagi kuasa Luffy di gear second. Watak Luffy pula di inspirasi daripada watak Goku. Luffy ni lurus bendul tetapi kuat. Mungkin sama kat situ kot. hehe



2) Franky Bluejam
Cuba "compare" watak Jim Carrey dalam cerita Ace Ventura dengan Franky. Mereka mempunyai persamaan dari segi pakaian pantai dan juga pada jambul rambut. Sama tak?  Tangan Franky pulak, ada macam tangan watak Popeye tak? hehe



3) Jango

1,2, and Jango! Jango adalah kapten kedua kumpulan lanun Kuro. Kuasa Jango adalah mampu memanipulasi minda orang lain untuk kepentingannya.Jango dikatakan watak yang diambil oleh Oda bagi menghormati legenda King Of Pop iaitu Michael Jackson. Sama tak style tu?



4) Chopper
Tony Tony Chooper merupakan seekor raindeer atau pelanduk yang tersalah makan devil fruit manusia yang mengubahkan dirinya kepada hybrid manusia dan pelanduk. Rupa cute Chooper ini sebenarnya merupakan inspirasi dari watak X'Mas iaitu Rudolph the Raindeer. Dari segi tranformasi ke pelbagai rupa pula di inspirasi dari cerita Dr .Jekyll and Mr Hyde.



5) Enel, God Of Thunder
Rupa dan gaya yang lebih hampir sama. Enel merupakan watak antagonis di dalam siri One Piece di Sky Island dengan kuat petirnya ini sebenarnya merupakan inspirasi daripada watak Eminem di dunia realiti.  Watak Eminem yang suka mengeluarkan kata-kata kesat juga diambil dan diletakkan pada Enel sebagai kuasa petir . Ala bak kata perpatah "Lidah lebih tajam daripada pedang". P/S: Oda merupakan peminat Eminem sejak kecil lagi.



6) Ussop
Ussop merupakan Sniper atau Penembak Tepat dalam krew Strawhat Pirate. Namun , Pada awal watak ini diperkenalkan ialah dengan meletakan cerita "Uesop Treeble" iaitu kisah gembala kambing yang suka menipu dengan membuat cerita bahawa di serang Musang. Rupanya pula diambil pada watak Pinocchio yang akan mengalami situasi hidung panjang setiap kali dia menipu. Cuba tengok hidung Ussop ni. Panjang Tak?



7) Emprio Ivankov
Emporio Ivankov merupakan Komander di dalam askar revolusi Dragon yang sebenarnya seorang lelaki yang mempunyai kuasa mengawal DNA yang membolehkannya bertukar jantina, mengubah sel-sel badan dan juga lain-lain. Watak rupanya sebenarnya diambil daripada watak Dr Furter dalam movie The Rocky Horror Picture Show. Amacam. Horror tak?



8) Jiracule Hawkeye
Jiracule "Hawk-eye" Mihawk merupakan salah seorang daripada Shinchibukai atau The 7 Warlord yang diberikan layanan dan imuniti daripada ditangkap. Mihawk juga sebenarnya digelarkan sebagai Ahli Pedang Terhebat di Dunia One Piece. Watak Mihawk dengan Topi koboi dan Muka Hispanic ni  sebenarnya di ambil daripada watak novel "The Mask Of Zorro". 


Kalau ada lagi, boleh share2 yer.

No comments:

Post a Comment