Friday, April 18, 2014

Penyakit-penyakit kucing

Ha, bila bela kucing ni, banyak perkara kena tahu untuk penjagaan dorang ni yer.Ada beberapa jenis penyakit yang sering dihidapi oleh si comel kita tu.
Tahap kesihatan kucing berhubung kait dengan persekitaran, tapi tak semua akan dijangkiti penyakit. Antara penyakit-penyakit yang sering dihadapi oleh si comel.

Diabetes:
Ha bukan manusia je yang dapat penyakit ni yer. Diabetes boleh dijangkiti kucing pada semua peringkat umur tapi selalunya lebih kepada kucing yang dah agak "veteran" dan mempunyai berat badan berlebihan.
Ini disebabkan kadar glukos yang tinggi dalam darahnya dan kelemahan pada hormon pencegah penerapan gula.
Tanda si comel kita dijangkiti: kerap dahaga dan lapar, selalunya si comel ni akan kerap meminum air dan selalu makan

Asthma:
Sila periksa kucing anda jika ia selalu bersin, batuk dan termengah-mengah ketika bernafas. Itu tanda-tanda si comel anda dah dapat asthma ataupun alergik saluran penafasan.

Diarrhoea:
Ni penyakit popular dikalangan kucing. hehe. Diarrhoea atau penyakit cirit birit ni najisnya berair ataupun berdarah jika ditahap yang teruk. Selalunya disebabkan oleh pemakanan yang tidak baik, parasit, tumor ataupun kecederaan. Cuba tukar jenis makanan untuk memantau samada makanan itu menjadi punca cirit birit, tetapi jika masih tiada perubahan, perlu diubati segera di klinik yer. Kesian si comel tu.

Sembelit:
Kucing yang kurang exercise, tak dijaga pemakanan, usus tersumbat, hairballs dan mungkin juga tomor merupakan penyebab kepada sembelit ni.
kita boleh tengok tanda-tanda kucing kita sembelit bila ia kurang selera makan, lesu dan kerap tidur, kembung perut dan najisnya terlalu keras.
Bagi si comel makan laxative atau sumbat je enema, sejenis ubat dalam duburnya untuk membuang hairball dari perutnya.

Allegic Dermatis:
Merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh alergik dan bolej menyebabkan kucing berasa gatal di bahagian yang dijangkiti serta kehilangan bulunya.

Gastrik:
Kucing pun ada yang dapat gastrik yer. Ia akan rasa pedih pada perutnya dan muntah-muntah adalah tandanya.

Control diet si comel untuk elak daripada Obesiti dan Diabetes yer.


 Kesian kan. Dah kena asthma.

 Dok ulang alik g "toilet" jer bila kna cirit birit ni.

Alololo..ciannye si comel sembelit

Ni pulak penyakit kulit, Bulu dah hilang. 

 Saya sakit perut. Gastik, encik tuan, bawak saya jumpa encik "vet" bolah tak. sob3



Sebenarnya banyak lagi penyakit yang boleh dihidapi oleh si comel kita. Sentiasa memantau keadaan ia, persekitaran, pemakanan. Almaklumla, si comel kita bukannya boleh bagitahu kita bila sakit kan. hehe

p/s: Nak tau cara penjagaan si comel dgn lebih detail? baca disni...lebih detail dan sangat berguna

No comments:

Post a Comment