Saturday, April 19, 2014

Tips untuk hiking @ jungle trekking



Minat hiking @ jungle trekking? Aktiviti yang sangat "syiok" walaupun saya selalu kena amik cuti keesokan harinya.sakit badan beb. haha. Persiapan mental dan fizikal sangat penting untuk aktiviti ni. (jangan jadi macam saya, kena ada booster baru jalan). Benda wajib kena bawak bila nak masuk hutan ni:

1) Pakaian yang cukup
Selain memakai pakaian yang sesuai, pastikan bawak extra so bolehla tukar lepas berendam dalam air. Lagi bagus pakaian extra tu dari fabrik2 yang ringan. Takde la berat sangat beg nak menggals tu kan. p/s: saya pernah terlupa bawak pakaian extra. Nice!

2) Makanan
Pastikan korang bawak makanan yang boleh memberi tenaga dan yang tak menyebabkan sakit perut. Jangan bawak makanan sebarangan yer. Kang susah bila nak memerot jer. hehe. Roti dan coklat dah cukup untuk bagi tenaga.

3) Air
Teh ais, nescafe ais, horlick ais. Oh sangat tak sesuai. Wajib bawak air mineral yer. 100plus pun ok, boleh elak dari hidrasi.

4) Kasut
Jangan gatal nak pakai high heel kalau nak masuk hutan bagi perempuan yer. Pakai kasut yang sesuai dan kukuh. Kalau boleh kasut yang kurang kanvas tu, so, tak der la berat bila masuk dalam air.

5) Kain sembahyang bagi muslimah
hehe. Yang ni pun nak kena pesan ker? Nak pakai baju sje pun boleh, tapi pastikan menutup aurat la. Stokin bersih extra kena bawak la.

6) Minyak angin
Penting woo. kalau boleh, bawak la pil chi kit sekali. keh3

7) Lain-lain keperluan
Torchlight, hiking stick, pemetik api. Kamera. errkkk?

Jom layan gambar2 random hiking @ jungle trekking yang saya pernah join, hehe

Broga Hills





Gunung Nuang








Fish Sanctuary Sg Chilling








Itu jer yang saya dapat share. Almaklum la, amatur lagi dalam dunia hiking ni. Sila share dengan saya ilmu-ilmu hiking yer. hehe

No comments:

Post a Comment