Saturday, July 26, 2014

Iklan Lewat Malam Dari Nuffnang

Kalau anda nak buat duit online, dan tak nak fikir sangat bab-bab kena keluar modal... kiranya nak buat duit online tanpa modal la ni... maka, anda boleh cuba untuk buat duit dengan cara jadi blogger.

Berkenaan topik apa yang anda nak tulis kalau jadi blogger, itu perkara nombor dua. 

Belasah je la nak tulis pasal apa pun.

Anda boleh lihat blog ini misalnya. Mana ada saya ikut sangat topik-topik tertentu. 

Kalau saya rasa nak tulis pasal cara buat duit dengan program jobdirumah, maka, pada waktu itu, dua tiga artikel saya adalah tentang jobdirumah. 

Kalau tiba-tiba mood saya nak tulis pasal panduan pemasaran dan strategi buat duit dengan affiliate marketing, maka pada waktu tu, topik tu la yang saya akan pilih. 

Sebabnya, dalam masa yang sama, saya tengah buat duit dengan program pengiklanan Nuffnang. 

Saya siarkan iklan Nuffnang... yang mana, bila anda juga berminat nak siarkan iklan daripada Nuffnang, there is nothing much you can do.

Bab-bab income, anda tak control. 

Jika ada klik pada iklan yang anda siarkan, anda akan dapat buat duit percuma. 

Kalau tak ada klik langsung, tapi pada masa yang sama, blog anda mendapat kempen cpuv, maka setiap visitor akan dikira dan akan ada earning kat situ. 

Namun saya just nak bagitahu kat sini, kalau nak tengok iklan Nuffnang yang cantik, ha... kena tunggu tengah-tengah malam. 

After 12 am misalnya. 

Maka pada waktu tu, akan keluarlah pelbagai iklan yang cantik-cantik. 

Misalnya 



Yang peliknya, bila siang, tak ada pulak nak keluarkan iklan yang cantik-cantik dan menarik perhatian pelawat untuk klik. 

Bila malam pulak banyak iklan yang lawa-lawa baru nak keluar. 

Entahlah... strategi pemasaran Nuffnang memang macam tu la kot...  
  

No comments:

Post a Comment