Friday, April 18, 2014

Baca Komik Manga Kegemaran Anda di Mangareader

Korang minat baca komik manga? 

Ala... komik dari Jepun tu ha... 

Biasanya kalau saya singgah ke Kinokuniya KLCC, saya akan tengok-tengok kat bahagian komik manga. 

Kat bahagian tu ada banyak komik manga jepun yang dah di alih bahasa ke English. 

Harganya pulak... 

Mahal wooo.... At least RM35 keatas. Berbeza-beza ikut tajuk. 

Kalau yang versi Melayu, saya ingat lagi, dulu ada sebuah syarikat nama Comic House. Mereka inilah yang keluarkan komik manga jepun dalam Bahasa Melayu. 

... dan pada waktu tu, komik yang paling popular dah tentulah Dragon Ball. 

Sekarang ni bila dah besar sikit, dah kurang layan sangat komik-komik manga ni. Cuma kadang-kadang je, itu pun kalau ada masa (tipu) 

Sekarang ni saya lagi banyak baca secara percuma je. 


Memandangkan siri Dragon Ball pun dah tamat, jadi sekarang ni komik yang saya masih layan ialah Naruto, Bleach dan jugak One Piece. 

Biasanya laman web ini akan dikemaskini dengan episod terbaru setiap hari Rabu. 

Laman web dia? taip la www. mangareader. net ataupun korang boleh taip je dekat google, kata kunci "mangareader" 

Ok 

Pergi la baca, kalau korang ada banyak masa eh.



By: Sabree Hussin

No comments:

Post a Comment