Thursday, August 24, 2017

Merdeka! Merdeka! Sale. Bloggger contest by Lazada Malaysia


Tengah syok baca blog kawan-kawan, tiba-tiba terperasan yang ramai pulak bercerita pasal Merdeka! Merdeka! Blogger contest ni. 


Rupa-rupanya, sekarang ni Lazada Malaysia tengah adakan kontes sempena dengan sambutan kemerdekaan negara yang ke 60 rupanya. 



Ini antara perkara yang saya suka dengan Lazada. Diorang ni memang rajin buat kontes. 


So apa lagi blogger terhebat tanah air sekalian? Jemputlah join kontes ni! 


What do you love about being Malaysian? 

Lama jugak nak fikirkan jawapan untuk soalan ni. Kadang-kadang, kita tak pernah terfikir pun jawapan untuk soalan-soalan macam ni. 


Mungkin sebab kita terlalu sibuk dengan hal kita sendiri. 


Kita sibuk cari rezeki. Kita sibuk dengan urusan kerja, kita sibuk lagi dengan urusan peribadi. 


But then, soalan ini buatkan saya merenung sejenak kepada kehidupan yang saya lalui saban hari. 


Betapa bersyukurnya kita jadi rakyat Malaysia.