Saturday, April 19, 2014

Kenapa kucing kurus?

Alahai, kesiannye tengok si comel makin kurus. Kenape yer? Ada beberepa sebab kucing boleh menjadi kurus. Antaranya:

1) Tekanan
Kucing tension? Yer, banyak sebab kucing boleh tension, dan bila tension, mula la tak nak makan. Apabila makanan dan bekas makanannya kotor, diganggu binatang lain ataupun saingan dan suasana bising, kucing boleh jadi tension yer. Jadi, kena pastikan persekitaran tu bersih dan selesa baru si comel kita sentiasa happy. hehe

2) Umur
Makin lanjut usia kucing kita, makin kurang ia makan. Ini kerana tahap metabolismanya bertambah kurang, makan pun sikit jer.

3) Hyperthyroidisme
Kalau kucing yang ada tumor dekat thyroidnye, secara amnya is masih berselera makan seperti biasa tetapi tidak menambahkan berat badan.

4) Sakit gigi
camner nak makan kalu gigi sakit? huhu. Terutama pada kucing yang diberi makan jenis "kible" yang keras tu. Tukar jap bagi ikan ke, nasi ke. hehe

5)Diabetes
Kegagalan sistem proses air kencingnya serta kehilangan air dari badannya tanpa kawalan menyebabkan sentiasa dahaga, secara tak langsung ia akan mengurangkan selera makan sebab asyik minum air jer.

6) Cacing usus
Cacing yang menumpang didalam ususnya dan mengambil "free" dari kucing walaupun ia berselera makan seperti biasa namun tetap kurus. Cacing dah makan makanan kucing. huhu






Jemput baca -->Kucing comel

No comments:

Post a Comment