Sunday, April 20, 2014

Pulau tercantik di Malaysia

Mood nak bercuti. Jom!

Pulai Perhentian
Terletak di negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64km) selatan dari sempadan Thailand. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang-alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian.Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.

Pulau Perhentian terbahagi kepada 2 bahagian; Pulau Perhentian Kecil yang menjadi penempatan penduduk kampung dan Pulau Perhentian Besar yang mendapat tempat dihati para pelancong untuk menyelami dan meneroka keindahan dasar laut ciptaan Ilahi disini.

Menurut kajiselidik yang dibuat oleh rangkaian berita CNN mengenai 100 pantai terbaik dunia, Pantai di Pulau Perhentian Kecil berada di kedudukan nombor 13. Hebat kn?

Pulau Tioman 
Pulau yang mendapat tempat ke 21 menurut kajiselidik yang dibuat oleh rangkaian berita CNN iaitu Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar merupakan sebuah pulau yang terkenal di kalangan peminat sukan menyelam. Terletak di sebelah timur Semenanjung Malaysia, di antara sempadan Pahang dan negeri Johor tetapi berada di bawah pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur.

Pulau Tioman juga amat sesuai untuk penggemar sukan lasak seperti memanjat gunung di Gunung Nenek Semukut.

Pulau Langkawi 
Terletak di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia dan berstatus bebas cukai sejak tahun 1987. Kaya dengan keindahan semulajadi dan lagenda masa silam salah satunya ialah Lagenda Mahsuri yang cukup terkenal.

Antara tempat-tempat yang menarik di sini ialah Gunung Mat Chincang, Tasik Dayang Bunting, Dataran Lang dan banyak lagi. Oh ya, Tanjung Rhu barada di kedudukan nombor 49 dari 100 pantai terbaik dunia.

Pulau Redang 
Terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada 9 buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, negeri Terengganu, Malaysia. Pulau Redang juga merupakan tapak pemuliharaan penyu yang penting. Terdapat 2 buah bangkai kapal yang bersejarah di kawasan perairan Pulau Redang iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan perang dunia kedua.

Pulau Sipadan 
Pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini merupakan antara pulau terindah di duina dan amat popular dikalangan peminat aktiviti selaman skuba. PAda tahun 2009, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia oleh New 7 Wonder of Nature votes commmitee.

Pulau Mabul 
Pulau yang berdekatan dengan Pulau Sipadan ini terletak di pesisir pantai tenggara Negeri Sabah. Walaupun ia merupakan pulau yang kecil tetapi pulau ini terdapat pelbagai jenis batu karang yang menjadi tumpuan spesis ikan marin kerana banyaknya makanan plankton. Sangat sesuai untuk aktivit selaman skuba atau "scuba diving" dek dasarnya yang tidak begitu dalam, sesuai dengan kejadiannya sebagai pentas benua di Laut Sulawesi.
Sangat popular dengan hidupan eksotik seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragau, ketam dan banyak lagi.

Pulau Layang Layang 
Menjadi destinansi popular untuk "scuba diving" selain Pulau Sipada. Pulau Karang ini terletak di Lautan China Selatan kira-kira 300km ke barat laut Kota Kinabalu, Sabah.

Kawasan kecil ini menampung penginapan yang mempunyai 90 bilikmewah, sebuah pengkalan tentera Laut Malaysia dan juga menjadi tempat koloni burung laut yang berhijrah mengikut musim untuk bersarang.

Antara hidupan laut yang sering kelihatan di 14 tapak "scuba diving" disini termasuk ikan yu sirip hitam, jerung, ikan alu-alu, ikan cermin, penyu dan banyak lagi.

Mana 1 pilihan kalbu yer. Adeh..Susahnya nak pilih..

No comments:

Post a Comment