Thursday, July 31, 2014

Makan Gaji atau Bekerja Sendiri?

Jadi bos sendiri atau bekerja dibawah arahan bos? Yang mana satu menjadi pilihan? Yang mana satu yang terbaik? Makan gaji atau sebaliknya?

Kedua-duanya ada kelebihan tertentu.  Sebenarnye, ia bergantung pada individu itu sendiri. Subjektif, setiap individu mempunyai jawapan dan pandangan tersendiri,  atas aspek cara hidup, cara kerja berbeza dan keinginan yang berbeza.

Bekerja Sendiri akan menjadi pilihan terbaik jika

1. Penjanaan Income yang konsisten

Buat duit? Bunyi best jer, tapi macam mana nak buat duit tu? Bila bekerja sendiri, kena juga  fikir dari mana sumber kewangan itu nanti? Anda pasti memikirkan semua itu kan?

Buat bisnes atau berniaga. Sekarang ni ada macam-macam konsep perniagaan yang boleh kita ceburi. Ada yang lebih berminat pada “online” bisnes atau berniaga atas talian yang tidak memerlukan ruang fizikal dan modal yang tinggi untuk start pernigaan.

Ada juga yang memilih “offline” bisnes yang sudah tentu memerlukan ruang fizikal seperti kedai.
Ada jugak yang gabung konsep tu.

Sebenarnya mana-mana konsep perniagaan pun bagus. Yang penting kita kena pastikan perniagaan yang kita pilih dan  jalankan itu mampu menjana income yang konsisten.  

Tak perlu letak target terlalu tinggi pun sebenarnya.Orang putih kata, be realistic atau achievable la. Kalau dapat lebih dari target, itu satu bonus.  

Asalkan kita boleh pastikan dapat jana income at least 2-3 sales setiap hari dengan purata RM25 per jualan pun dh ok. Tapi kalau dapat lebih dari itu, lagi la bagus. hehe

Bukan apa, kalau takder sales, itu memang nak tempah masalah, unless anda masih tinggal bersama keluarga. Tapi, nak ker kita ditanggung keluarga bila dah besar panjang ni. Hehe


2. Semangat dan disiplin yang kuat

Semangat juang yang tinggi dan displin yang kuat merupakan elemen penting bila memilih untuk bekerja sendiri.

Maksud bekerja sendiri ni..kita takder bos, kita bebas buat apa saje tanpa perlu menunggu arahan ataupun approval, dan  punya masa yang sangat flexible.

Jadi,  jika anda jenis yang pemalas, takder disiplin, tak pandai gunakan peluang jadi bos ni,  pendapat saya, lebih baik anda makan gaji sebab hidup anda akan jadi lagi sengsara.

Anda perlu ingat, bila memilih untuk bekerja sendiri, income kita akan bergantung pada tahap kerajinan dan disiplin kita. Jadi, kalau malas melampau, anda cuma mampu bermimpi untuk dapat income yang banyak.  Orang putih cakap..Keep dreaming. huhu

        3. Mempunyai panduan untuk bekerja sendiri

Point ini hanya berguna pada sesiapa yang tidak mempunyai kepakaran khas atau born skilled.  Pada yang memang ada kepakaran khas tu, boleh la ignore point ni. Hehe

Pada saya yang tidak mempunyai kepakaran khas tu, mulanya saya agak tercari-cari arah tuju. Start dari apa yang saya nak buat, bagaimana caranya, dan macam-macam lagi la. Lagi stress apabila saya gagal untuk dapat hasil yang diharapkan setelah mencuba pelbagai cara.

Tapi..mujur saya jumpa Panduan Bekerja dari Rumah yang saya jadikan sebagai panduan atau rujukan sehingga sekarang..

Jadi, saya sangat-sangat rekomen panduan ini untuk rujukan anda juga.

       4.  Create Back up plan

Kelebihan orang yang makan gaji ni, mereka ada tabungan KWSP. Walaupun nampak macam simpanan paksaan yang dikenakan keatas setiap pekerja dan majikan, tapi sebenarnya ada kebaikan tertentu. Simpanan KWSP ni sangat berguna bila bersara kelak,  untuk memastikan anda tetap ada duit walaupun sudah bersara.  Maksudnye..Duit tetap masuk walaupun dah pencen! hehe

Tapi..Bagaimana pulak untuk orang yang bekerja sendiri? 

Tak dinafikan ada sesetengah individu yang bekerja sendiri mengambil inisiatif mewujudkan atau create sistem ini untuk kegunaan mereka nanti.  Cuma, bilangan yang wujudkan sistem ini amatlah sedikit. Ada juga yang langsung tak pernah terpikir pun hal ini.  Anda pula bagaimana?

Bagi saya,  kita yang bekerja sendiri ni kena lah ada sistem “KWSP” sendiri. hehe. Atau tiru jer back plan yang saya gunakan.

Boleh rujuk disini untuk info: PelanPersaraan Untuk Mereka yang bekerja sendiri.


No comments:

Post a Comment