Thursday, August 24, 2017

Merdeka! Merdeka! Sale. Bloggger contest by Lazada Malaysia


Tengah syok baca blog kawan-kawan, tiba-tiba terperasan yang ramai pulak bercerita pasal Merdeka! Merdeka! Blogger contest ni. 


Rupa-rupanya, sekarang ni Lazada Malaysia tengah adakan kontes sempena dengan sambutan kemerdekaan negara yang ke 60 rupanya. 



Ini antara perkara yang saya suka dengan Lazada. Diorang ni memang rajin buat kontes. 


So apa lagi blogger terhebat tanah air sekalian? Jemputlah join kontes ni! 


What do you love about being Malaysian? 

Lama jugak nak fikirkan jawapan untuk soalan ni. Kadang-kadang, kita tak pernah terfikir pun jawapan untuk soalan-soalan macam ni. 


Mungkin sebab kita terlalu sibuk dengan hal kita sendiri. 


Kita sibuk cari rezeki. Kita sibuk dengan urusan kerja, kita sibuk lagi dengan urusan peribadi. 


But then, soalan ini buatkan saya merenung sejenak kepada kehidupan yang saya lalui saban hari. 


Betapa bersyukurnya kita jadi rakyat Malaysia. 



Disini, kita dapat hidup dengan masyarakat berbilang kaum dengan semangat toleransi. Tidak kira sama ada kita ni Melayu, Cina, India atau lain-lain bangsa, dinegara ini kita semua boleh jadi kawan dan boleh bekerja sama dibawah satu negara. 


Of course, sesekali kita akan terdengar cerita-cerita yang tak berapa baik tentang perselisihan yang melibatkan kaum... tapi hakikatnya, kat negara ni, kita semua bencikan perkauman.


Jadi Malaysian, even though sesekali kita bergaduh dan gurau-gurau kasar, namun most of the time kita sebenarnya baik-baik sahaja. Ibarat macam adik beradik la kan, ada masa kita gaduh, tetapi kebanyakkan masa, kita berkawan rapat. 


Kenapa nak fokus pada waktu kita gaduh pulak, kan?     


Favorite local brand..? 

Sebenarnya kan, sama ada perasan atau tak, negara kita ada banyak jenama keluaran anak tempatan yang hebat dan inovatif. 


Nak tau apa jenama pilihan saya? 


Ini dia... 


Touch 'n Go



Sekarang ni, kalau nak pergi mana-mana, mesti akan bawak Touch 'n Go. Fungsi kad ini pun dah diperluaskan lagi. 


Macam-macam benda kita boleh buat dengan kad ni kan. 


Saya sendiri, setiap hari akan gunakan LRT sebagai medium pengangkutan. Jadi, untuk bayar tiket atau akses tu, dah tentu guna Touch n Go. 


Dua produk dari jenama Touch 'n Go yang memang Awesome 

Ini dia. 


(1) Smart Tag 



Bila ada smart tag ni, memang cukup mudah untuk bayar tol. Tak perlulah nak beratur panjang-panjang dekat lane touch 'n go tu. Gunakan je smart tag ni dan tak perlu nak berhenti. 


Cuma perlu perlahankan kenderaan je. 


Pernah dulu, smart tag saya ni kena curi. Memang susah betulnak bayar tol lepas tu. 


Memang betul la kata orang, bila kita pernah kehilangan sesuatu barang tu, baru kita akan betul-betul hargai nilai barang tu. 


Smart tag ni boleh beli kat sini tau.  


(2) Time Traveller 



Ini merupakan satu lagi produk keluaran jenama Touch 'n Go. Seutas jam tangan yang diberi nama Time Traveller. 


Boleh tengok video pasal jam ini dekat bawah ni. Tekan play ya. 

 


Bila saya tengok apa yang jam ni boleh buat, fuh... saya rasa betul-betul teruja, dan kalau boleh nak beli jam ni banyak-banyak. 


Dengan adanya jam ni, kita boleh buat sebarang pembayaran di mana-mana kedai yang menerima pembayaran menggunakan Touch 'n Go dengan jam ni. 


Tengok video kat atas tu. Ada tunjuk macam mana cara jam ni berfungsi. 


Jam tu kan, sekali tengok memang nampak macam jam biasa. Tapi dari segi fungsinya tu yang best. 


Boleh baca pasal jam ni lagi kat link ni


===

Untuk makluman pembaca sekalian, Merdeka! Merdeka! Sale akan berlangsung dari 25 Ogos 2017 - 31 Ogos 2017 tau. 


Layari http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/   
  

Sepanjang tempoh kempen ni, anda boleh dapatkan macam-macam produk dengan diskaun hebat sehingga 80%. 


Layari laman web tu dan selamat membeli belah. 



   

No comments:

Post a Comment