Thursday, August 24, 2017

Merdeka! Merdeka! Sale. Bloggger contest by Lazada Malaysia


Tengah syok baca blog kawan-kawan, tiba-tiba terperasan yang ramai pulak bercerita pasal Merdeka! Merdeka! Blogger contest ni. 


Rupa-rupanya, sekarang ni Lazada Malaysia tengah adakan kontes sempena dengan sambutan kemerdekaan negara yang ke 60 rupanya. 



Ini antara perkara yang saya suka dengan Lazada. Diorang ni memang rajin buat kontes. 


So apa lagi blogger terhebat tanah air sekalian? Jemputlah join kontes ni! 


What do you love about being Malaysian? 

Lama jugak nak fikirkan jawapan untuk soalan ni. Kadang-kadang, kita tak pernah terfikir pun jawapan untuk soalan-soalan macam ni. 


Mungkin sebab kita terlalu sibuk dengan hal kita sendiri. 


Kita sibuk cari rezeki. Kita sibuk dengan urusan kerja, kita sibuk lagi dengan urusan peribadi. 


But then, soalan ini buatkan saya merenung sejenak kepada kehidupan yang saya lalui saban hari. 


Betapa bersyukurnya kita jadi rakyat Malaysia. 


Friday, August 1, 2014

Panduan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27

Baru-baru ini pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengumumkan bahawa Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 akan dijalankan di seluruh negara pada 5 Ogos 2014 ini nanti.

Tahniah kepada calon yang terpilih untuk menduduki peperiksaan pemilihan bagi menyandang jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27. Kepada yang tidak Berjaya untuk menjadi calon peperikasaan pada sesi kali ini, jangan putus asa. In shaaAllah akan ada peluang untuk anda nanti.


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk manghadapi peperiksaan yang bakal diadakan pada 5hb Ogos 2014 ini. Saya yakin macam-macam persediaan dilakukan untuk para calon menghadapi peperiksaan ini.

Soalan bocor? Wowowo…ini bukan sebarang peperiksaan yer. Tetapi, kalau nak cari ilham, boleh dapatkan set soalan yang hampir sama dengan soalan sebenar, boleh la sama-sama rujuk dan muat turun di laman web Rasmi, Panduan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam.

Pssttt..jangan terlalu bergantung pada kabel yer, exam tetap kena jawab. Hehe

Didalam Panduan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 anda bukan sahaja akan didedahkan dengan maklumat-maklumat exam, malah, tip-tip berguna, contoh set soalan, format soalan dan juga maklumat-maklumat SEBENAR untuk anda aplikasikan semasa menjawab soalan.
Disini saya senaraikan antara intisari panduan Panduan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 ini.

v    Untuk mengetahui soalan, bentuk soalan dan format.

Untuk memudahkan anda untuk menjawab soalan, anda mestilah tahu dan memahami format dan jenis soalan yang bakal dikemukakan nanti.

Secara amnya, pepriksaan ini terbahagi kepada 3 seksyen iaitu:

Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia, Alam sekeliling dan Isu Semasa
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C – Ujian Psikometrik

Nak yang lebih detail?

Dapatkan panduan jawab exam dan contoh set soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 disini

v    GST!

Kenapa dengan GST? Apa kena mengena dengan exam ni?

GST merupakan soalan ramalan yang mungkin ditanya pada sesi peperiksaan kali ini.

Ha, jangan tak tahu GST dikendalikan sepenuhnya oleh pihak KASTAM.  Dan jangan lupa yang anda bakal menduduki exam untuk jawatan Penolong Penguasa Kastam. Nampak tak rasional nyer? Hehe

Anda mungkin mempunyai  banyak sumber mengenai GST, dari laman web dalam Negara mahupun luar Negara, dari Facebook pun boleh. Hehe. Tapi  awas! Info yang anda terima mungkin tidak benar sama sekali. Mungkin ada yang hampir sama, tetapi  yang anda perlukan adalah  info SEBENAR mengenai GST.

Panduan ini juga dimuatkan info mengenai GST.  

v    GTP

Untuk pengetahuan, isu GTP atau Government Transformation Programme menjadi isu pilihan soalan peperiksaan dalam sesi kemasukkan perkhidmatan awam 2013

Walaupn sudah pun keluar dalam sesi lepas,  GTP merupakan salah satu soalan popular yang ditanya dalam exam.

Panduan ini sangat berguna bukan sahaja untuk info malah ada disediakan set dan bentuk soalan mengenai GTP yang mengikut skema jawapan yang dikehendaki pemeriksa nanti.

Mudah kan? 

v    Pengetahuan mengenai jawatan yang dipohon

Dah tahu format soalan, dah tahu contoh soalan, dah ada maklumat lengkap tapi tak tahu maklumat 
jawatan yang dipohon itu? 

Itu lagi bahaya. Dengan panduan ini, anda akan lebih paham tentang jawatan yang dipohon ini.

Jadi,apa tunggu lagi, tak perlu susah-susah nak contact rakan-rakan yang pernah menduduki exam SPA ini,bukan semua rakan anda pernah menduduki exam untuk jawatan yang sama. Tak perlu nak korek semua maklumat yang mungkin tak akan ada dalam exam itu.

Dapatkan panduan ini, study, dan anda pasti konfiden bila menjawab soalan.


Selamat Menduduki peperiksaan!! Good Luck.



Thursday, July 31, 2014

Makan Gaji atau Bekerja Sendiri?

Jadi bos sendiri atau bekerja dibawah arahan bos? Yang mana satu menjadi pilihan? Yang mana satu yang terbaik? Makan gaji atau sebaliknya?

Kedua-duanya ada kelebihan tertentu.  Sebenarnye, ia bergantung pada individu itu sendiri. Subjektif, setiap individu mempunyai jawapan dan pandangan tersendiri,  atas aspek cara hidup, cara kerja berbeza dan keinginan yang berbeza.

Bekerja Sendiri akan menjadi pilihan terbaik jika

1. Penjanaan Income yang konsisten

Buat duit? Bunyi best jer, tapi macam mana nak buat duit tu? Bila bekerja sendiri, kena juga  fikir dari mana sumber kewangan itu nanti? Anda pasti memikirkan semua itu kan?

Buat bisnes atau berniaga. Sekarang ni ada macam-macam konsep perniagaan yang boleh kita ceburi. Ada yang lebih berminat pada “online” bisnes atau berniaga atas talian yang tidak memerlukan ruang fizikal dan modal yang tinggi untuk start pernigaan.

Ada juga yang memilih “offline” bisnes yang sudah tentu memerlukan ruang fizikal seperti kedai.
Ada jugak yang gabung konsep tu.

Sebenarnya mana-mana konsep perniagaan pun bagus. Yang penting kita kena pastikan perniagaan yang kita pilih dan  jalankan itu mampu menjana income yang konsisten.  

Tak perlu letak target terlalu tinggi pun sebenarnya.Orang putih kata, be realistic atau achievable la. Kalau dapat lebih dari target, itu satu bonus.  

Asalkan kita boleh pastikan dapat jana income at least 2-3 sales setiap hari dengan purata RM25 per jualan pun dh ok. Tapi kalau dapat lebih dari itu, lagi la bagus. hehe

Bukan apa, kalau takder sales, itu memang nak tempah masalah, unless anda masih tinggal bersama keluarga. Tapi, nak ker kita ditanggung keluarga bila dah besar panjang ni. Hehe


2. Semangat dan disiplin yang kuat

Semangat juang yang tinggi dan displin yang kuat merupakan elemen penting bila memilih untuk bekerja sendiri.

Maksud bekerja sendiri ni..kita takder bos, kita bebas buat apa saje tanpa perlu menunggu arahan ataupun approval, dan  punya masa yang sangat flexible.

Jadi,  jika anda jenis yang pemalas, takder disiplin, tak pandai gunakan peluang jadi bos ni,  pendapat saya, lebih baik anda makan gaji sebab hidup anda akan jadi lagi sengsara.

Anda perlu ingat, bila memilih untuk bekerja sendiri, income kita akan bergantung pada tahap kerajinan dan disiplin kita. Jadi, kalau malas melampau, anda cuma mampu bermimpi untuk dapat income yang banyak.  Orang putih cakap..Keep dreaming. huhu

        3. Mempunyai panduan untuk bekerja sendiri

Point ini hanya berguna pada sesiapa yang tidak mempunyai kepakaran khas atau born skilled.  Pada yang memang ada kepakaran khas tu, boleh la ignore point ni. Hehe

Pada saya yang tidak mempunyai kepakaran khas tu, mulanya saya agak tercari-cari arah tuju. Start dari apa yang saya nak buat, bagaimana caranya, dan macam-macam lagi la. Lagi stress apabila saya gagal untuk dapat hasil yang diharapkan setelah mencuba pelbagai cara.

Tapi..mujur saya jumpa Panduan Bekerja dari Rumah yang saya jadikan sebagai panduan atau rujukan sehingga sekarang..

Jadi, saya sangat-sangat rekomen panduan ini untuk rujukan anda juga.

       4.  Create Back up plan

Kelebihan orang yang makan gaji ni, mereka ada tabungan KWSP. Walaupun nampak macam simpanan paksaan yang dikenakan keatas setiap pekerja dan majikan, tapi sebenarnya ada kebaikan tertentu. Simpanan KWSP ni sangat berguna bila bersara kelak,  untuk memastikan anda tetap ada duit walaupun sudah bersara.  Maksudnye..Duit tetap masuk walaupun dah pencen! hehe

Tapi..Bagaimana pulak untuk orang yang bekerja sendiri? 

Tak dinafikan ada sesetengah individu yang bekerja sendiri mengambil inisiatif mewujudkan atau create sistem ini untuk kegunaan mereka nanti.  Cuma, bilangan yang wujudkan sistem ini amatlah sedikit. Ada juga yang langsung tak pernah terpikir pun hal ini.  Anda pula bagaimana?

Bagi saya,  kita yang bekerja sendiri ni kena lah ada sistem “KWSP” sendiri. hehe. Atau tiru jer back plan yang saya gunakan.

Boleh rujuk disini untuk info: PelanPersaraan Untuk Mereka yang bekerja sendiri.


Saturday, July 26, 2014

Iklan Lewat Malam Dari Nuffnang

Kalau anda nak buat duit online, dan tak nak fikir sangat bab-bab kena keluar modal... kiranya nak buat duit online tanpa modal la ni... maka, anda boleh cuba untuk buat duit dengan cara jadi blogger.

Berkenaan topik apa yang anda nak tulis kalau jadi blogger, itu perkara nombor dua. 

Belasah je la nak tulis pasal apa pun.

Anda boleh lihat blog ini misalnya. Mana ada saya ikut sangat topik-topik tertentu. 

Kalau saya rasa nak tulis pasal cara buat duit dengan program jobdirumah, maka, pada waktu itu, dua tiga artikel saya adalah tentang jobdirumah. 

Kalau tiba-tiba mood saya nak tulis pasal panduan pemasaran dan strategi buat duit dengan affiliate marketing, maka pada waktu tu, topik tu la yang saya akan pilih. 

Sebabnya, dalam masa yang sama, saya tengah buat duit dengan program pengiklanan Nuffnang. 

Saya siarkan iklan Nuffnang... yang mana, bila anda juga berminat nak siarkan iklan daripada Nuffnang, there is nothing much you can do.

Bab-bab income, anda tak control. 

Jika ada klik pada iklan yang anda siarkan, anda akan dapat buat duit percuma. 

Kalau tak ada klik langsung, tapi pada masa yang sama, blog anda mendapat kempen cpuv, maka setiap visitor akan dikira dan akan ada earning kat situ. 

Namun saya just nak bagitahu kat sini, kalau nak tengok iklan Nuffnang yang cantik, ha... kena tunggu tengah-tengah malam. 

After 12 am misalnya. 

Maka pada waktu tu, akan keluarlah pelbagai iklan yang cantik-cantik. 

Misalnya 



Yang peliknya, bila siang, tak ada pulak nak keluarkan iklan yang cantik-cantik dan menarik perhatian pelawat untuk klik. 

Bila malam pulak banyak iklan yang lawa-lawa baru nak keluar. 

Entahlah... strategi pemasaran Nuffnang memang macam tu la kot...  
  

Sunday, April 20, 2014

Buat blog tu senang je, macam mana pulak dengan buat duit dengan blog?

Senangnyalah nak buat blog. 

Lagi-lagi kalau guna blogspot. Cuma perlu ada akaun gmail. Kalau tak pernah ada akaun gmail, sila daftar untuk miliki satu akaun. 

Kemudian, hanya perlu layari http://blogger.com

Nah... anda akan terus dibawa ke laman web blogger, yang mana kat situ anda boleh terus mula mendaftar untuk memiliki blog anda sendiri. 

Klik sahaja "New Blog" 

Klik-klik lebih kurang, siap. 

Template tak perlu nak canggih-canggih. Design tak perlu nak lawa-lawa. 

Apa yang penting sekali ialah pengisian. 

Bak kata orang putih, CONTENT. 

Siap ada pepatah, CONTENT IS KING

Kemudian siap ada yang tambah, perkataan Great disebelum perkataan Content, bagi menjadikannya perkataan Great Content is king.

Part mana yang susahnya pulak sekarang ni? 

Ha... sebenarnya bukan susah mana pun. Cuma dia mencabar. Challenging gitu. 

Macam mana nak jadikan blog yang kosong tu, sebagai satu mekanisme atau sistem yang boleh menghasilkan duit untuk tuannya. 

Kita nak ia hasilkan duit untuk tuannya, bukan hanya untuk setahun dua, tetapi untuk selama-lamanya... selagi tuannya masih hidup dan selagi blog tersebut masih wujud. 

Biarlah tak kaya, asalkan dapat hidup selesa. (dengan rumah mewah ho ho) 

Mungkin kah? 

Saya pernah jumpa banyak blog yang macam tu. Memang ada. 

Cuma guna blogspot je pun. 

Tapi income dia mengalahkan fresh graduate yang baru masuk kerja. 

Dahsyat kan... 

Percayakah anda? Itu soalannya. 

Kalau anda percaya, anda pasti akan realisasikannya. Tapi kalau anda tak percaya, anda tak akan fikir pun untuk mulakan apa-apa...

Itulah kisahnya
 

Pulau tercantik di Malaysia

Mood nak bercuti. Jom!

Pulai Perhentian
Terletak di negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64km) selatan dari sempadan Thailand. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang-alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian.Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.

Pulau Perhentian terbahagi kepada 2 bahagian; Pulau Perhentian Kecil yang menjadi penempatan penduduk kampung dan Pulau Perhentian Besar yang mendapat tempat dihati para pelancong untuk menyelami dan meneroka keindahan dasar laut ciptaan Ilahi disini.

Menurut kajiselidik yang dibuat oleh rangkaian berita CNN mengenai 100 pantai terbaik dunia, Pantai di Pulau Perhentian Kecil berada di kedudukan nombor 13. Hebat kn?

Pulau Tioman 
Pulau yang mendapat tempat ke 21 menurut kajiselidik yang dibuat oleh rangkaian berita CNN iaitu Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar merupakan sebuah pulau yang terkenal di kalangan peminat sukan menyelam. Terletak di sebelah timur Semenanjung Malaysia, di antara sempadan Pahang dan negeri Johor tetapi berada di bawah pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur.

Pulau Tioman juga amat sesuai untuk penggemar sukan lasak seperti memanjat gunung di Gunung Nenek Semukut.

Pulau Langkawi 
Terletak di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia dan berstatus bebas cukai sejak tahun 1987. Kaya dengan keindahan semulajadi dan lagenda masa silam salah satunya ialah Lagenda Mahsuri yang cukup terkenal.

Antara tempat-tempat yang menarik di sini ialah Gunung Mat Chincang, Tasik Dayang Bunting, Dataran Lang dan banyak lagi. Oh ya, Tanjung Rhu barada di kedudukan nombor 49 dari 100 pantai terbaik dunia.

Pulau Redang 
Terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada 9 buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, negeri Terengganu, Malaysia. Pulau Redang juga merupakan tapak pemuliharaan penyu yang penting. Terdapat 2 buah bangkai kapal yang bersejarah di kawasan perairan Pulau Redang iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan perang dunia kedua.

Pulau Sipadan 
Pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini merupakan antara pulau terindah di duina dan amat popular dikalangan peminat aktiviti selaman skuba. PAda tahun 2009, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia oleh New 7 Wonder of Nature votes commmitee.

Pulau Mabul 
Pulau yang berdekatan dengan Pulau Sipadan ini terletak di pesisir pantai tenggara Negeri Sabah. Walaupun ia merupakan pulau yang kecil tetapi pulau ini terdapat pelbagai jenis batu karang yang menjadi tumpuan spesis ikan marin kerana banyaknya makanan plankton. Sangat sesuai untuk aktivit selaman skuba atau "scuba diving" dek dasarnya yang tidak begitu dalam, sesuai dengan kejadiannya sebagai pentas benua di Laut Sulawesi.
Sangat popular dengan hidupan eksotik seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragau, ketam dan banyak lagi.

Pulau Layang Layang 
Menjadi destinansi popular untuk "scuba diving" selain Pulau Sipada. Pulau Karang ini terletak di Lautan China Selatan kira-kira 300km ke barat laut Kota Kinabalu, Sabah.

Kawasan kecil ini menampung penginapan yang mempunyai 90 bilikmewah, sebuah pengkalan tentera Laut Malaysia dan juga menjadi tempat koloni burung laut yang berhijrah mengikut musim untuk bersarang.

Antara hidupan laut yang sering kelihatan di 14 tapak "scuba diving" disini termasuk ikan yu sirip hitam, jerung, ikan alu-alu, ikan cermin, penyu dan banyak lagi.

Mana 1 pilihan kalbu yer. Adeh..Susahnya nak pilih..

Saturday, April 19, 2014

Top 5 bintang Sherlock Holmes




Sejak novel karya asal Arthur Conan Doyle itu dikeluarkan pada 1887, hampir lebih 80 pelakon telah melakonkan karakter tersebut baik dalam filem, di pentas, di televisyen mahupun animasi.

Antara pelakon tersebut termasuk John Barrymore (datuk kepada aktres Drew Barrymore), Leonard Nimoy (lebih dikenali sebagai Spock dalam "Star Trek"), pelawak David Mitchell, bintang James Bond Roger Moore, pelakon veteran Charleton Heston, bintang British James D'Arcy, pelawak Peter Cook, bintang "Sound of Music" Christopher Plummer, Michael Caine ("The Dark Knight"), dan pelakon "My Best Friend’s Wedding" Rupert Everett.

Selain mereka, pelakon-pelakon di bawah juga terkenal kerana membawakan watak detektif terkemuka dunia tersebut.




1) Jeremy Brett
Bagi ramai penonton dan peminat siri novel karya Arthur Conan Doyle, Jeremy Brett adalah Sherlock Holmes yang sebenar. Malah dia sudah melakonkan watak tersebut dalam 42 produksi pentas dari 1988 hingga 1989, selain daripada siri TV di saluran Granada, UK, "The Adventures of Sherlock Holmes" selama satu dekad (1984-1994). 

Selain watak Sherlock, Brett juga pernah membintangi beberapa buah filem seperti "My Fair Lady" (1964) di samping Audrey Hepburn dan memainkan watak Nikolai Rostov dalam "War and Peace" (1956).



2)Johny Lee Miller
Jonny Lee Miller, yang sebelum ini dikenali dengan watak titular dalam siri TV guaman "Eli Stone", diberikan kepercayaan untuk memimpin siri televisyen Holmes versi moden, "Elementary" yang ditayangkan di saluran CBS sejak 2012.

Malangnya, disebabkan ia ditayangkan serentak dengan siri TV British, "Sherlock" lakonan Benedict Cumberbatch yang jauh lebih popular dan setia dengan karya asal (Watson perempuan?), "Elementary" tidak mendapat sambutan sehangat yang diharapkan.



3) Robert Downey Jr.
Ketika dia diumumkan sebagai Sherlock Holmes dalam adaptasi arahan Guy Ritchie, ramai yang berpendapat pelakon yang berasal dari New York ini tidak akan dapat mempersembahkan watak tersebut seperti mana yang digambarkan dalam novel.

Pendapat itu ada benarnya, tapi dengan hasil yang agak menarik, kerana melalui filem "Sherlock Holmes" (2009) dan "Sherlock Holmes: A Game of Shadows" (2011), Robert Downey Jr. menunjukkan sisi baru berbanding watak serius Holmes yang dilakonkan oleh pelakon lain sebelum ini. Holmes versi Downey Jr. digambarkan sebagai detektif ala ejen 007 yang eksentrik dan degil.




4) Benedict Cumberbatch
Sherlock Holmes seperti yang dikenali para peminatnya merupakan seorang detektif yang dingin, banyak berfikir, agak menjengkelkan tetapi mampu menarik perhatian. Begitu jugalah cara pelakon British, Benedict Cumberbatch melakonkan watak tersebut dalam siri TV saluran BBC, "Sherlock", sekalipun dia harus melakukannya di era moden. 

Malah, menerusi siri tersebut yang ditayangkan sejak 2010, Cumberbatch berjaya meraih populariti meluas sehingga menjadi rebutan ramai produser filem.



5) Basil Rathbone
Jika Jeremy Brett adalah 'Sherlock Holmes sebenar' bagi peminat karya Arthur Conan Doyle tersebut, Basil Rathbone adalah Raja Holmes yang klasik. Dia yang muncul dalam 14 buah filem Hollywood dan sebuah siri televisyen tentang detektif unik ini menjadi wajah pertama yang akan difikirkan para Sherlockian. Namun begitu, definisi Rathbone tentang Holmes lebih mesra dan budiman berbanding Sherlock Holmes yang lain, apatah lagi jika hendak dibandingkan dengan lakonan Cumberbatch.

Pilihan saya? Mestilah Benedict Cumberbatch. hehe